Internet Marketing Singapore Company - eOneNet.com offers ecommerce training, SEO workshops, social media courses, ecommerce website design for Singapore businesses and new work from home entrepreneurs. Learn how to get free top rankings in Google and Baidu, increase online sales and generate traffic for your retails shops. Award winning Singapore internet marketing agency has officers in Malaysia, Hong Kong and China, brings you solutions as No. 1 Internet Marketing Asia Agency, since 1999. 
Product Image
Use Mouse Wheel to Zoom In/Out
eOneNet.com LANCAR FRANCAIS eMALL PERTAMA DUNIA DI SINGAPURA - Yahoo Malaysia
0 out of 5
Description
eOneNet.com LANCAR FRANCAIS eMALL PERTAMA DUNIA DI SINGAPURA



SINGAPURA, 6 Mac (Bernama) -- eOneNet.com, syarikat pemasaran internet
terkemuka Asia, akan melancarkan francais eMall pertama di dunia pada Jumaat ini di Suntec City Convention Centre di sini.

Menyasar untuk menjadi rangkaian membeli-belah berkonsep eMall terbesar di dunia, berbeza daripada laman web dalam talian lain seperti Amazon.com, cuba untuk menjual segala-galanya di bawah satu bumbung.

Setiap eMall di bawah rangkaian eMall adalah pusat membeli-belah berkonsep bebas, menjual hanya satu jenis produk, seperti www.e1BabyGirlClothes.com atau www.e1LingerieUnderwear.com, dengan penghantaran ke seluruh dunia.

Dalam satu kenyataan, eOneNet.com berkata konsep eMall ini akan merevolusikan model perniagaan francais tradisional kerana ini adalah eMall global pertama dunia yang membolehkan francaisi menjual dalam talian di seluruh dunia dengan eOneNet mendapatkan produk pada harga borong dan mengendalikan logistik secara langsung.

Semasa menjelaskan konsep berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif eOneNet.com Fione Tan berkata: "Jika membuka kedai, anda biasanya perlu melabur dalam stok, jadi anda perlu membelanjakan banyak wang walaupun tanpa mengetahui sama ada produk tersebut boleh dijual atau tidak.

"Dalam francais eMall kami, anda boleh menjual produk dahulu dan kemudian menempah daripada pembekal kami, memperoleh margin keuntungan 50 peratus, dan produk ini dihantar terus kepada pelanggan akhir anda.

"Kebanyakan penjual dalam talian di sini hanya menjual melalui platform tempatan kepada pasaran dalam negeri dengan margin keuntungan yang rendah.Mengapa tidak menyasarkan pelanggan global dan meraih tiga kali ganda keuntungan anda?" katanya.

Bagi mendapatkan kepercayaan pelanggan dalam produk-produk, eMalls eOneNet menawarkan jaminan wang dikembalikan dan penggantian produk secara percuma tanpa pelanggan perlu mengembalikan produk.

Kumpulan pertama sembilan konsep eMalls akan dilancarkan semasa acara ini, dengan setiap segmen menumpukan kepada produk fesyen khusus, elektronik dan gaya hidup yang berbeza.

Semua produk akan ditawarkan pada diskaun 50 peratus terhadap harga semasa yang rendah ketika pelancaran.

eOneNet.com adalah syarikat yang memenangi anugerah, bermula pada 1999 diKuala Lumpur dengan pejabat di Singapura, Hong Kong dan China.


Interview of Fione Tan

Want to hire a reliable millionaire Internet marketing coach? The choice is yours. eOneNet.com is now operating in Malaysia, Hong Kong and China. For enquiries, please contact our Internet marketing offices













Tag:
Yahoo Malaysia | Making Money Online | Internet Marketing Seminars | Online Marketing | Search Engine Workshop | Internet Marketing Coach | Fione Tan | eonenet